Jadi, anda ingin buat duit sebagai usahawan internet? Bermasalah memilih perniagaan internet sendiri?

"Ketahui Kaedah Sebenar Mencari Pendapatan Pasif Di Internet Secara Mudah, Ringkas dan Berkesan...
Tanpa Perlu Risiko Yang Membahayakan Wang Anda!"


Untuk Beberapa Minit Seterusnya, Anda Akan Didedahkan Dengan Rahsia Strategi Buat Duit
Sebenar Di Internet Tanpa Perlu Berisiko Hilang Lebih Banyak Modal Anda, Mengikut Strategi
Yang Tepat dan Terbukti Berkesan Daripada Mereka Yang Pakar dan Berpengalaman...


Hadiah Percuma & Istimewa Khas Untuk Anda Kerana Berani Mengambil Langkah Bijak Dengan Melawat Laman Ini!

Untuk mendapatkan hadiah berbentuk e-buku bertajuk "e-biz", anda hanya perlu memasukkan Nama dan E-Mel anda di bawah ini dan klik
butang "Hantar". Terima kasih kerana terus menyokong kami!

xxxxxxx

p/s: Privasi anda amat selamat dengan kami.
Tiada spam atau iklan merapu yang akan kami hantar ke e-mel anda.
Di jamin atau anda boleh "unsubscribe" pada bila-bila masa.


Daripada Meja Komputer Tuah Emas
Isnin, 10.30 Pagi

Mesej Khas Kepada Anda Yang Bakal Menjadi Usahawan Internet Terunggul

Jika anda sedang menatap laman ini sekarang, bermakna anda mempunyai minat untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri, bukan?

Jangan risau, saya amat menghargai masa anda sebagaimana saya menghargai sepenuhnya masa saya. Tiada temberang mahu pun ayat berbunga-bunga dan berpusing-pusing.

Setiap rahsia yang akan anda ketahui dalam beberapa minit berikutnya adalah fakta yang disokong bukti jelas.

Tidak kira sama ada anda masih baru atau sudah berpengalaman menjana pendapatan secara online. Anda masih tercari-cari satu formula dan rahsia untuk berjaya membuat duit melalui perniagaan internet yang anda minati.

Anda bayangkan, dengan hanya mempunyai komputer dan talian ke internet, sudah cukup untuk anda membuat duit dengan banyak dan mudah. Khabar yang lebih menggembirakan untuk anda adalah, duit tersebut akan terus masuk ke akaun bank anda setiap masa 24 jam 7 hari seminggu dan 365 hari setahun secara automatik!

Komuniti internet tidak pernah tidur. Tiada cuti. Mempunyai perniagaan sebegini umpama mempunyai mesin ATM anda sendiri.

Anda tidak boleh menghalang duit tersebut daripada terus menerus melimpah masuk ke akaun bank anda kecuali jika anda bertekad menutup laman web perniagaan internet atau akaun bank anda!

Namun, awas! Impian tersebut tidak sesekali akan berlaku jika anda tidak tahu membezakan 3 jenis kaedah mencari duit di internet yang berikut dengan jelas.

Perniagaan Internet Penuh Tipu Daya?

Tajuk di atas mungkin mengelirukan anda.

Anda keliru antara fakta dan mitos kerana anda mendengar kenyataan daripada mereka yang tidak tahu dan jelas dengan peluang perniagaan di internet. Tambahan, orang sebegini juga belum pun memulakan perniagaan internet mereka sendiri. Jadi, bila mereka merapu dan skeptikal maka anda juga akan turut sama.

"Masuk angin, keluar asap" adalah satu kenyataan yang amat sesuai sekali untuk mereka.

Adakah anda juga adalah orang yang dimaksudkan itu?

Jika tidak, teruskan membaca perenggan penting yang seterusnya...

Secara amnya, terdapat 3 jenis model menjana pendapatan daripada internet. Jika anda sudah tahu, sila abaikan maklumat ini dan pergi ke perenggan seterusnya selepas 3 kotak info di bawah ini untuk didedahkan dengan lebih banyak rahsia:

#1 Perniagaan Internet

Anda merupakan peniaga atau pedagang yang mempunyai produk atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada prospek. Jika anda mempunyai urusniaga yang berlangsung secara online maka ianya adalah dalam kategori ini.

Sama ada anda mempunyai perniagaan dunia nyata atau keseluruhannya maya, perniagaan internet adalah satu peluang yang dapat melipatgandakan keuntungan perniagaan anda.

Pasaran anda adalah satu dunia. Tambahan lagi, 90% urusniaga dapat diautomasikan. Kos dapat dikurangkan dengan begitu banyak sekali. Selebihnya adalah untung bersih yang amat lumayan!

#2 Pemasaran Internet

Ianya lebih tertumpu kepada kaedah untuk mempromosi, mengiklan, menjual, menghantar produk atau perkhidmatan dan sehinggalah menyediakan khidmat sokongan kepada prospek dan pelanggan anda. Terdapat 101 cara untuk anda pilih sebagai strategi pemasaran internet.

Untuk membuat duit dan menjana keuntungan secara online, 90% adalah bergantung kepada strategi pemasaran internet anda. Produk hebat tetapi strategi pemasaran anda lemah maka kegagalan adalah pasti untuk anda.

Tidak kira sama ada anda mempunyai perniagaan internet sendiri atau sekadar affiliate yang mempromosi produk orang lain, kejayaan membuat keuntungan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha pemasaran internet anda.

#3 Pelaburan Internet Scam

Saya melabelkan yang ketiga ini sebagai "pelaburan internet scam" kerana tidak kesemua pelaburan di internet itu tidak sah. Asalkan maklumat pelaburan tersebut jelas dan diiktiraf maka, ianya adalah sah dan selamat.

Jelas bermaksud transparen dan tidak berselindung. Diiktiraf bermaksud disokong dan disahkan oleh satu badan atau pihak yang berlesen dan bertauliah.

Memandangkan kebanyakan urusniaga sesuatu perniagaan boleh diautomasikan melalui internet maka sesetengah broker saham berlesen menyediakan perkhidmatan jual beli saham melalui sistem mereka yang disokong oleh teknologi internet.

Itu pun setiap urusniaga masih lagi di sokong oleh kontrak tertentu di samping pendedahan maklumat pelaburan yang sangat jelas yang telah diluluskan pihak berkuasa dan bertauliah.

Malangnya, hampir 90% skim atau pelaburan internet yang wujud sekarang ini tidak pun mempunyai ciri-ciri tersebut. Ini semua satu komplot yang tujuan mereka hanya satu, memanipulasi perasaaan tamak yang wujud dalam diri anda demi untuk keuntungan mereka.

Komplot ini berselindung disebalik skim piramid dan ponzi.

Tidak dinafikan ada individu tertentu yang berjaya membuat untung dengan skim temberang begini, tetapi mereka hanyalah sebagai kambing hitam yang dijadikan agenda tersembunyi komplot tersebut.

Selalunya, yang buat untung adalah kumpulan pertama yang melabur agar dapat dijadikan testimonial sebagai "umpan" untuk tarik lebih banyak mangsa. Selepas beberapa pusingan pembayaran, komplot ini akan menutup laman web pelaburan mereka dan membawa lari kesemua wang anda.

Lalu, komplot ini akan gunakan sebahagian kecil wang yang dilarikan tadi untuk membuka laman pelaburan internet yang baru. Kitaran ini akan terus berlaku sebab terdapatnya sambutan daripada golongan pelabur yang tamak ini.

Anda ternganga. Duit yang anda bersusah payah dapatkan kini dilesapkan begitu sahaja sekelip mata.

Untuk mengenal skim pelaburan internet scam ini amat mudah. Jika ianya menjanjikan pulangan yang amat besar dan lumayan tanpa anda berusaha, tidak mendedahkan siapakah mereka yang mahu sangat menguruskan duit anda dan tidak pula mendedahkan kaedah mereka melabur dan membuat untung, maka jauhi mereka dengan serta merta.

Jika anda serius untuk menjana pendapatan melalui internet, maka kaedah #1 dan #2 di atas adalah paling selamat dan menguntungkan. Tetapi, jika anda masih berdegil untuk melabur wang anda dalam pelaburan internet scam, sila pergi ke laman web lain.

Laman web ini bukan untuk para pelabur tamak seperti anda.

Sertai para pelabur internet "profesional" yang lain dan leburkan sahaja duit anda. Kelompok sebegini lebih ramai yang pokai daripada yang kaya.

"Risiko Tinggi, Pulangan Tinggi" - Motto Mengarut!

Jika motto pengurusan kewangan anda lebih berbunyi "ambil risiko tinggi, pulangan pasti tinggi", saya nasihatkan supaya anda berfikir kembali. Kaji balik. Benarkah kenyataan motto tersebut?

Jangan buat lawak merapu.

Siapa yang memberitahu anda motto tersebut? Adakah orang tersebut sudah buktikan kepada anda bahawa motto tersebut tidak silap sama sekali?

Anda bacalah buku kebanyakan tokoh billionaire, jutawan dan pelabur berjaya. Kaji bagaimana mereka membina kekayaan mereka. Mereka ini ada satu persamaan.

Mereka tidak mengambil risiko tinggi. Malah pula, mereka amat konservatif dengan pengurusan wang mereka. Play safe. Mereka mempunyai kawalan penuh terhadap keluar masuk setiap duit mereka.

Ambil contoh Warren Buffet. Tokoh pelabur tersohor dunia. Adakah beliau mengambil risiko tinggi dalam membina empayar pelaburan bernilai berbillion dollar?

Prinsip tokoh ini mudah. Beliau hanya akan melabur jika beliau faham, yakin dan pasti bahawa sesuatu saham itu akan mendatangkan keuntungan lumayan selepas menganalisa secara terperinci. Beliau hanya memilih saham berkualiti tinggi dan berisiko rendah.

Tahukah anda? Meskipun Warren Buffet berkawan baik dengan Bill Gates yang mempunyai syarikat perisian komputer terbesar dan antara tertinggi pulangan keuntungan setiap tahun; tetapi Warren Buffet tidak melabur satu sen pun duitnya ke dalam saham Microsoft!

Mengapa? Sebabnya Warren Buffet tidak faham mengenai dunia perkomputeran. Jadi, beliau tidak akan ambil risiko tersebut meskipun memang terbukti Microsoft antara saham paling berkualiti tinggi di dunia.

Untuk info lanjut mengenai tokoh ini, sila layari:
http://en.wikipedia.org/wiki/Warren_Buffett

Bagaimana pula dengan Peter Lnych? Juga seorang tokoh pelaburan. Adakah beliau juga mengambil risiko tinggi untuk setiap pelaburannya?

Peter Lynch menguruskan Dana Fidelity Magellan dari tahun 1977 hingga 1990. Sepanjang tahun itu, aset dananya melonjak dari US$20 juta ke US$14 billion. Paling utama, dilaporkan Lynch telah mengatasi benchmark Indeks S&P 500 dalam 11 tahun, dengan pencapaian purata pulangan tahunan sebanyak 29%.

Dalam memilih stok, Lynch menghadkan kepada perkara yang dia tahu atau mudah difahami. Selain, melakukan perincian hingga due diligence dan kajian menyeluruh.

Beliau tidak sesekali mengambil kira sebarang spekulasi dalam pasaran tetapi lebih kepada kajian fundamental menggunakan pendekatan bottom-up. Beliau juga hanya melabur untuk jangkamasa panjang dan kurang berminat dengan naik turun pasaran untuk jangka pendek.

Diterjemahkan dan disunting daripada laman berikut:
http://www.investopedia.com

Nah! Dari mana pula datangnya motto "risiko tinggi, pulangan tinggi" tadi?

Jika tokoh pelabur yang tersohor dan terbukti hebat pun lebih bersikap konservatif, siapa pula yang suka ambil risiko tinggi?

Sudah tentu daripada golongan mereka yang suka memperjudikan nasibnya secara membuta tuli - Kaki judi.

Mereka terjun lombong, anda juga ikut sama. Mudah. Habis cerita.

Jika anda serius untuk menggandakan wang anda di internet, maka saya amat sarankan anda teruskan dengan kaedah #1 dan #2. Itulah perniagaan internet sebenar.

Lupakan terus dan lupuskan perkataan "pelaburan internet scam" ini dalam kamus hidup anda sekarang!

Perniagaan Internet Sebenar Lebih Lumayan Pulangannya

Anda akan terperanjat jika saya dedahkan bahawa adalah lebih mudah menjadi kaya raya melalui perniagaan dan bukannya pelaburan.

Malahan perniagaan lebih mudah diuruskan dan rendah risikonya. Sebabnya, semua urusan dan kawalan berada sepenuhnya ditangan anda, bukannya orang lain.

Mentor jutawan saya mendedahkan pengalamannya. Beliau menjadi jutawan selepas 5 tahun menggandakan wangnya melalui pelbagai instrumen pelaburan. Lebih memeranjatkan lagi, apabila beliau memulakan perniagaan sendiri, untuk mendapatkan 1 juta hasil keuntungan perniagaan hanya mengambil masa beberapa bulan!

Mengapa boleh jadi begitu? Mari kita bongkar rahsia ini bersama...

Pelaburan yang berkualiti dan konservatif akan memberi pulangan keuntungan purata sekitar antara 8% ke 15% setahun. Jika anda laburkan RM100 dengan pulangan 15% setiap tahun, berapa tahun yang diperlukan untuk ianya menjadi 2 kali ganda?

Jawapannya, 5 tahun.

Jika anda mempunyai RM100 untuk memulakan perniagaan internet, berapa lama masa yang perlu anda ambil untuk menjadikannya 2 kali ganda?

Jawapannya, antara beberapa jam atau beberapa hari!

Perlukan bukti kukuh dan nyata untuk lebih menyakinkan anda?

Anda tahu, saya tidak suka merapu atau bercakap berdasarkan teori. Setiap kenyataan saya disokong oleh fakta dan pengalaman yang dipraktikkan sendiri.

Mari lihat satu kajian kes sebenar.

(BERSAMBUNG...)